This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, July 22, 2011

Harimau vs Singa >> Siapa Kuat ?


Thursday, July 21, 2011

Bila Kacang Memilih Mulut Daripada Kulit

Zaman sekarang ni, kebanyakan remaja yang punyai kekasih hati lebih berminat untuk mendengar kata-kata yang diucapkan oleh bibir kekasih hati mereka daripada mendengar nasihat yang diberikan oleh ibu bapa sendiri. Perkataan-perkataan seperti 'Mak ni berfikiran kuno', 'Saya tahulah apa yang saya buat!', 'Mak, ayah jangan masuk campur urusan saya!' dan banyak lagi perkataan-perkataan keras yang lain acapkali dilemparkan kepada ibu bapa apabila mereka tidak berpuas hati dengan teguran dan nasihat yang diberikan.

Usia kian meningkat. Daripada dahulunya merupakan seorang kanak-kanak kecil kini telah menjadi remaja yang menginjak dewasa. Kehidupan yang selama ni ditanggung oleh mak dan ayah semakin dilupai. Insan baru hadir dalam hidup. Insan yang bernama kekasih disayangi dan dicintai sepenuh hati. Time tu mulalah anak-anak remaja ini lupa diri. Mak ayah ditolak tepi. Cinta kepada kekasih hati tak berbelah bahagi.

Patutlah Islam mengharamkan budaya couple. Bukan sahaja akan mengundang maksiat tetapi turut menjadikan seorang anak menjadi derhaka. Mungkin anda akan berfikir, bukan semua yang bercouple itu menderhaka kepada ibu bapa. Ya,tidak semua tetapi segelintir. Namun, alangkah elok sekiranya kita menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang tidak mustahil akan berlaku kemungkaran daripadanya.

Pada pandangan para pembaca semua. Siapa yang patut kita utamakan selepas Allah dan Rasul? Kekasih hati ataupun Mak dan ayah? Nah! Ikuti kisah berikut untuk tauladan bersama..

Situasi 1: Mak minta tolong vs Kekasih minta tolong.

Mak: Minah, tolong masakkan nasi goreng untuk mak boleh? Mak lapar nak. Teringin nak makan masakan kamu.

Minah: Laa...Minah penat ni!

Mak: Hmm. Alahai anak aku...

Mamat: Sayang, abang lapar lah. Tiba-tiba terasa nak rasa masakan sayang. Harini sayang masak untuk abang, boleh?

Minah: Boleh abang! Sekarang jugak ayang masakkan untuk abang. Tunggu ye!

Mamat: Sayang you sangat-sangat! (gaya miang)

Situasi 2: Pesan mak vs pesan kekasih

Mak: Minah, janganlah keluar malam-malam.Tak elok tau anak dara keluar malam. Apa kata orang-orang kampung nanti. Kalau jadi apa-apa kat kamu, siapa yang susah? Mak risau.

Minah: Ala mak ni membebel je. Orang bukan pergi mana pun. Nak pergi jumpa Mamat kejap je pun susah....hish!

Mak: Alahai anak aku...

Mamat: Sayang, abang hari ni ada kerja kat KL. Sayang duduk kat kampung tu janganlah keluar malam-malam pula. Waktu abang tak ada ni, jaga diri ye sayang....I love you!

Minah: Baiklah abang. I ikut cakap you. Abang pun jaga diri tau! Love you too. (gaya gedik)

Situasi 3: Pandangan mak vs pandangan kekasih

Mak: Minah! Kenapa pakai baju ketat-ketat ni? Malu mak tengok. Bahaya pakai macam ni! Nanti lelaki-lelaki gatal kacau...

Minah: Mak ni bising la! Orang tau lah apa yang orang buat. Mak, orang dah masak la dengan perangai lelaki kat luar sana..mak bukannye tahu apa-apa pun!

Mak: Alahai anak aku..

Mamat: Sayang, you pakai short dress ni cantik sangat tau. Tergoda I tengok you! Tapi, I harap you pakai macam ni bila depan I je boleh sayang? Jangan pakai depan lelaki-lelaki lain, I tak suka. Janji sayang?


Minah: Ops, you tergoda? Hehe. Abang jangan risaulah..sayang akan pakai seksi macam ni depan abang je. Sayang tak pakai seksi-seksi bila abang takde.

Situasi 4: Mak suruh kahwin vs Kekasih ajak kahwin

Mak: Minah. Mak rasa kamu kahwin je la dengan si Mamat tu cepat-cepat. Muak dah mak tengok kau keluar dengan jantan tu tanpa ikatan, melayan telefon dari jantan yang bukan mahram. Mak tak berkenan dengan gaya kamu nak..

Minah: Mak ni kan..suka sangat tak puas hati dengan gaya hidup orang. Tau la mak jeles kan?!

Mak: Alahai anak aku.. Minah..Minah...(menggeleng kepala kesedihan)

Mamat: Sayang, abang tak sabar nak kahwin dengan sayang. Jom kita kahwin nak? (Ajak-ajak ayam)

Minah: Sayang pun tak sabar nak kahwin dengan abang! Kalau abang sudi, esok pun sayang sanggup kahwin dengan abang.

Situasi 5: Mak vs Kekasih??

Mak: Hari-hari mak tengok minah bersembang dan bermesej dengan Mamat. Cakap pula bukan main romantik. Minah, kita bercakap dengan lelaki bukan mahram dalam telefon macam tu tak elok Minah...

Minah: Mak, tolonglah faham. Jangan sibuk urusan orang boleh tak?? Orang cintakan Mamat. Tau la zaman mak dulu tak ada handphone!

Mak: Alahai anak mak......

Mamat: Betul la..abang mana ada perempuan lain. Sumpah abang tak tipu!

Minah: Abang tipu, i nampak you jalan dengan betina tu dekat pekan petang semalam! Penipu! (Menjerit-jerit dan menangis)

Mamat: Suke hati Minah la nak percaya ke tak, kalau tak percaya sangat kita putus je lah hubungan. Senang! Tak payah nak call-call dan mesej-mesej lagi dah!

Minah: Abang!!!!

*Ingatlah tidak ada keberkatan andai pesanan mak dan ayah tidak dituruti. Jika pesanan kekasih hati yang terlalu diikutkan sangat, inilah pengakhirannya!

Jadi, you all fikirlah sendiri . Ingatlah, redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Bukan pada kekasih hati you all!

Biodata Penulis

Dalila Hanim sedang Menuntut di UIAM dalam jurusan Ilmu Wahyu. Beliau juga baru berjinak-jinak di dalam bidang penulisan dan sedang menulis karya pertama ciptaannya iaitu novel yang bertajuk Apalah Daya Hati. Blog beliau bolehlah dilayari di http://ansyuhanim.blogspot.com

Wednesday, July 20, 2011

Awak, Simpan Misai Lebat Ye, Nampak Macho Sikit

"Awak, Simpan Misai Lebat Ye, Nampak Macho Sikit.."



Ini cerita beberapa tahun yang lalu


Gadis itu memberi cadangannya padaku pada pertemuan pertama kali, walau pun aku memang ada kumis, tetapi nipis dan jarang. Dan beberapa waktu seterusnya juga dia masih mengingatkan aku supaya menyimpan misai lebat dengan alasan aku akan nampak bertambah 'macho', matang dan dewasa. Dan akhirnya perhubungan terputus hanya kerana dia malu mempunyai teman lelaki yang tidak bermisai dan nampak seperti lepasan sekolah.


Ketahuilah wahai gadis-gadis, awek-awek dan isteri-isteri yang inginkan lelaki anda macho dan nampak jantan dengan memiliki misai yang tebal dan lebat itu bahawa:


1. Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:


“Sesungguhnya orang-orang yang menyekutukan ALLAH membiarkan misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka lakukanlah perbezaan daripada mereka dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai.” (HR al-Bazzar dengan sanad yang sahih)


2. Aisyah rah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sepuluh perkara adalah fitrah yang mana memotong misai dan menumbuhkan janggut itu disebutkan" (dari Abu Daud)


3. Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.”- (HR Bukhari dan Muslim)


4. Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda,

" Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan memotong misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu" (Ibnu Hibban)


5. Di dalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban

" diberitakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah saw. Tatkala melihatkan ini Rasulullah saw bersabda. " Di dalam agama kami, kami diperintahkan memotong misai dan memanjangkan janggut"


6. Ibn Asaakir dan yang lain-lainnya telah memberitakan bahawa Hasan ra

meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, " terdapat sepuluh kebiasaan yang ada di kalangan umat nabi Lot yang menyebabkan punca kebinasaan ke atas mereka. Di antara kebiasaan itu di senaraikan juga mengenaipencukuran janggut dan memanjangkan misai"


7. Zaid Ibni Habib ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw tidak tertahan lagi melihat dua orang utusan yang datang daripada istana Maharaja Kisra kerana mereka telah mencukuri janggut-janggut mereka.Baginda memberitahu kepada mereka; "Binasalah ! Siapakah yang menyuruh kamu supaya menjadikan wajahmu seperti ini?" mereka menjawab, " Tuan kami, Maharaja Kisra memerintahkan kami" Rasulullah saw bersabda, " Tetapi daku telah diperintahkan oleh Tuhanku Allah supaya memanjangkan janggut dan mengerat misai."



8. Zaid bin Arqam ra meriwayatkan bahawa rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa tidak mengerat misainya bukanlah daripada kami,"( dari Termizi)


Halal Haram Dalam Islam dari Dr Yusuf Qardhawi tentang Memelihara Janggut :



Termasuk dalam permasalahan kita ini, ialah tentang memelihara janggut. Untuk ini Ibnu Umar telah meriwayatkan dari Nabi s.a.w. yang mengatakan sebagai berikut:

"Berbezalah kamu dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah kumis." (Riwayat Bukhari)


Perkataan i'fa (pelihara) dalam riwayat lain diartikan tarkuha wa ibqaauha (tinggalkanlah dan tetapkanlah).


Hadis ini menerangkan alasan diperintahkannya untuk memelihara janggut dan mencukur kumis, yaitu supaya berbeda dengan orang-orang musyrik. Sedang yang dimaksud orang-orang musyrik di sini ialah orang-orang Majusi penyembah api, dimana mereka itu biasa menggunting janggutnya, bahkan ada yang mencukurnya.


Perintah Rasulullah ini mengandung pendidikan untuk umat Islam supaya mereka mempunyai kepribadian tersendiri serta berbeda dengan orang kafir lahir dan batin, yang tersembunyi maupun yang tampak. Lebih-lebih dalam hal mencukur janggut ini ada unsur-unsur menentang fitrah dan menyerupai orang perempuan.


Sebab janggut adalah lambang kesempurnaan laki-laki dan tanda-tanda yang membedakan dengan jenis lain.


Namun demikian, bukan berarti samasekali tidak boleh memotong janggut dimana kadang-kadang janggut itu kalau dibiarkan bisa panjang yang menjijikkan yang dapat mengganggu pemiliknya.



Oleh itu, hentikanlah kebanggaan berkumis macam selebriti-selebriti yang popular tu,..Islam ada watak keperibadian yang lebih 'macho, matang dan dewasa'! Boleh menyimpan misai yang nipis tetapi dengan syarat dimasa yang sama tetap menyimpan janggung yang rapi dan kemas.Bagi yang menyimpan janggut, pelajarilah sirah Rasulullah, berjanggut yang kemas, rapi dan bersih serta menawan

CREDIT TO :
www.murabbi.net
Dihantar Oleh : arjunasetia
Editor: KAKLONG

Thursday, July 14, 2011

Cerita Terakhir Abah...

"Kamu semua ni nak masuk neraka ke?,” tegas Abang Din. " Alah, mentang-mentang la anak kesayangan abah, ingat kau ketua Din?!,” balas Kak Lin.


Suasana menjadi amat tegang. Ketika itu berlinang air mata abah mendengar anak-anaknya berebut harta pusakanya. "Korang ingat aku nak sangat harta abah ni?, korang nak,korang ambil semua, aku tak heran,”Abang Din bersuara dengan tegas. Kak Lin, Angah, dan Wan terpaku mendengar kata-kata Abang Din.


Abang Din merupakan anak kedua dari empat adik-beradik. Kak Lin, Abang Din, Angah dan Wan. Setelah kematian emak, Abang Din yang banyak berhempas-pulas bagi membiayai kos perubatan abah dan yuran pengajian Wan.


Abang Din melakukan kerja-kerja kampung seperti mengambil upah memetik kelapa, membersih ladang dan sebagainya. Kak Lin bekerja sebagai akauntan di ibu kota, Kuala Lumpur. Semenjak berkahwin, Kak Lin jarang sekali pulang ke rumah dengan alasan sibuk bekerja. Angah pula seorang mekanik di Puchong, Selangor. Sejak akhir-akhir ini, Angah selalu mengalami masalah kewangan. Wan pula masih menuntut di Universiti.


"Din, jangan bergaduh.. biarkan saja mereka..,?'
kata abah dengan teresak-esak. Abah begitu enggan untuk ke hospital. Penyakit diabetes mellitus yang dihadapinya sekian lama semakin parah. "Bah.. mari la pergi hospital, nanti makin teruk sakit abah tu,” Abang Din memujuk abah.


" Yang Abang Din ni beria-ia nak hantar abah ke hospital ni apa hal?,” Angah mencelah. "Kau Angah, kalau selagi abah tak mati memang kau tak senang,” Abang Din membalas. Sekali lagi air mata abah mengalir. "Sudah-sudah, hantar abah ke hospital, tak sanggup aku tengak korang ni,” kata abah dengan perlahan.


"Encik Din, keadaan ayah Encik Din ni amat tenat, kami cuba sedaya-upaya, yang lain kita berserah kepada Allah Ta'ala,” ujar doktor.


"Ha! tengok la Din, semenjak abah dimasukkan ke hospital, keadaan abah makin teruk, suka la kau kan, nanti boleh bolot semua harta abah,” kata Kak Lin.


Abg Din menangis, terus meninggalkan Kak Lin dan Angah. "Sabar la Abang Din, kak Lin dengan Angah memang macam tu, dari kecil lagi,” pujuk Wan.


"Mujur ada kau Wan, kalau tidak, memang Abang Din patah hati,” ujar Abang Din.


Selang beberapa hari selepas itu, abah dikatakan berada di tahap kritikal. Doktor meminta semua ahli keluarga berkumpul. Kak Lin dan Angah segera pulang. Kebetulan Wan ketika itu sedang cuti semester. "Abah tenat ni," kata Wan. " Ni Abang Din kau lah punya pasal," balas Kak Lin.


Tidak lama sesudah itu dari jauh kelihatan Abang Din berpakaian lusuh berjalan ke katil abah. Abang Din hampiri abah. Tiba-tiba nafas abah tersekat-sekat seperti ingin meluahkan sesuatu.


Di tangan abah terpegang kemas sepucuk surat bersampul putih.


Suasana sungguh sayu ketika itu. Wan menangis teresak-esak. Air mata berlinang di pipi abah. Abang Din memeluk abah dengan erat. Abah menunjukkan isyarat supaya Abang Din mengambil surat tersebut.


“Din , abah suruh ambil surat tu , ambil je la”
Kak Lin nada menyindir. “ Mengucap bah, mengucap.. ” ajar Abang Din. Abah sedang nazak dan Abang Din berusaha mengajar abah untuk mengucap. Begitu lumrah dunia , tiap-tiap yang hidup pasti akan merasai kematian.


Abah menghembus nafas terakhir. Abang Din menyeluk tangannya ke dalam poket seluarnya menyimpan surat abah. " Ha! Abang Din tunggu apa, bacalah apa abah tulis cepat,!” desak Angah. Abang Din hanya mendiamkn diri. Hanya kata-kata yang dapat diluah dengan air mata.


Selepas majlis pengebumian abah, semua berkumpul untuk mendengar surat yang ditulis abah. Abang Din membaca surat tersebut;




Kehadapan anak-anak abah sekalian
Abah memohon ampun atas segala dosa abah,
Abah gagal dalam mendidik kamu semua,
Abah gagal mengajar dan mendidik kamu apa itu kehidupan.
Sungguh tidak layak digelar seorang abah.


Anak-anak abah,
Dari kecil abah cuba memahami kamu semua,
Abah cuba melakukan yang terbaik,
Tapi mungkin usaha abah masih belum cukup.



Anak-anak abah,
Abah tidak harapkan balasan dari kamu semua,
Abah tidak ingin kemewahan dari kamu semua,
Tapi cukup lah abah dapat melihat wajah kamu semua,
Itulah hiburan hati kesunyian abah.


Anak-anak abah,
Adakah dengan pemergian abah ini,
Suatu yang diharapkan,
Adakah ini penghujung hubungan antara kamu semua,
Bimbang hati abah memikirkannya.


Anak-anak abah,
Jika semua harta itu pengubat luka mu,
Ambil lah, Abah tidak punya harta untuk bawa ke sana,
Abah hanya mengharap doa dari anak-anak abah.



Anak-anak abah,
Abah mengampuni segala dosa kamu,
Tidak sikit pun abah menyimpan dalam hati sanubari abah,
Hanya satu pinta abah, doakan kesejahteraan abah di sana.

CREDIT TO :
www.murabbi.net
Dihantar Oleh : hafizan91
Editor: KAKLONG

Friday, July 8, 2011

Pesan Terakhir ( Sajak oleh Syed Qutb)

Sahabat
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini
Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan
Sahabat,
Kematianku hanayalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana
Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyising
Dan alam ini akan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar
Sayyid Qutub-1996

Program 3M: Edisi 1 (Dokementari)

Hari ni Jumaat 8 Julai 2011, mrupakan hari pertama bg program 3M, bg program ni, ianya bermula dengan EDISI 1, iaitu sesi dokumentari. Bagi edisi kali ni kami telah menemu ramah beberapa org ibubapa, pelajar & guru. Tujuannya adalah utk mendengar secara telus luahan hati mereka terhadap beberapa perkara yang menjadi KONTROVERSI :)..
Hasil temubual tersebut, kami akan kaji semula masalah2(KONTROVERSI) tersebut dan membuat POST-MORTERM..seterusnya akan dijadikan dokumentari dan ditayangkan kepada para pelajar..


--__--__Berikut adalah snapshot ketika EDISI 1 ini berlangsung_--__--







Projek 'L' DK'92 (Program 3M) Alumni SMKABP

PENDAHULUAN :

Program 3M, itu lah nama program utk program alumni di SMK Agama Bandar Penawar. '3M' adalah singkatan bagi frasa 'Mencari Miftah Mardhatillah' yang membawa maksud mencari kunci keredhaan Allah s.w.t..Kami(Dreadknight92) sebagai alumni SMK Agama Bandar Penawar berasa bertanggungjawab untuk membimbing dan mentarbiyah adik-adik di SMK Agama Bandar Penawar dengan kepimpinan Islam. Hal ini kerana, pelajar yang diharapkan dalam konteks Islam adalah pelajar yang mampu memikul amanah selari dengan syariat Islam. Oleh sebab itu, program ini bertujuan utk mendedahkan kemahiran dan memberikan semangat motivasi kpd pelajar utk cemerlang dari sudut aqidah, ibadah, ahlak, dan ilmu pengetahuan. Sejurus itu, memastikan para pelajar ini mampu menjadi pewaris kepada pembangunan negara dan Islam khususnya.

MATLAMAT :

Mendapat keredhaan ALLAH dengan mewujudkan kesedaran kendiri atau kesedaran dalaman rakan-rakan yang masih di sekolah akan pentingnya Bi’ah Islamiah dan budaya kerja Islam dalam diri dan sekolah secara bersama-sama ( berjemaah).

Objektif :

1.Menyemarakan semangat pembinaan generasi modal insan yang bersahsiah seimbang dan bersepadu dalam segenap aspek.

2.Menghargai diri dengan menanam semangat jati diri dalam jiwa

3.Membimbing diri dalam mengenal tanggungjawab sebagai anak, sahabat, ahli keluarga, masyarakat dan hamba Allah.

4.Menghayati pertemuan dengan Allah sebagai satu persediaa

5.Menyemarakkan iltizam, semangat beramal, keikhlasan, ketaatan dalam bekerja dan dalam bermasyarakat.

Wednesday, July 6, 2011

Mak, Saya Nak Nikah...

Beberapa tahun sebelum bernikah, saya mencari-cari kelebihan berkahwin awal supaya saya termotivasi untuk bernikah awal. Dan ditemui antara kelebihan berkahwin adalah ia menjaga kesucian diri dan hati. Memelihara pandangan dan kehormatan.

Ya, saya pun kemudiaannya berada di fasa yang sama dengan teman-teman, terdorong untuk bernikah untuk menjaga hati...(walaupun belum ada calonnya lagi). Tapi saat ini, saya tidak memandang lagi semua itu sebagai KELEBIHAN berkahwin awal, tapi KEWAJIPAN dan KEUTAMAAN berkahwin awal.


“Susah sangat ke nak jaga hati…??”


“Kenapa tak sabar tunggu hingga habis belajar…??”


“ Tak payahlah selalu contact dengan lelaki tu kalau hati tak tenang..!??”


“Kan selalu ikut program agama, takkan boleh terjerumus maksiat….!??”


“Orang lain bercinta juga, tak lah sampai nak berzina…!??”


“Janganlah ikut sangat perasaan…”




Mungkin ini adalah antara dialog luahan-luahan mak ayah kita bila saatnya kita menyuarakan keinginan untuk bernikah di usia awal 20an. Lantas kita merasakan ibu bapa tak memahami ‘situasi getir’ yang kita hadapi dalam era moden dunia tanpa sempadan.


Ya, memang ibu bapa kita kebanyakkannya tak faham..kerana kita juga tak berusaha untuk faham apa yang mereka faham. Yang mak ayah kita faham, kita masuk universiti untuk belajar. Dan belajar. Dan belajar. Hingga dapat segulung ijazah. Kemudian dapat perkerjaan yang menjamin masa depan.


Kemudian berkongsi sedikit kesenangan dengan adik-adik dan famili. Kemudian, silakanlah merancang untuk pernikahan. Waktu itu, tenangnya hati mak ayah kerana kita telah ada pendapatan bulanan. Mungkin ada juga sedikit wang simpanan. Mak ayah kita punya harapan dan perancangan sebegitu kepada anak-anak kerana MUNGKIN mereka membandingkan zaman pergaulan kita dengan situasi muda mudi zaman 70an dan 80an.


Sedangkan kita di ‘era depan’ 2010, 2011, 2012. Kita tidak lagi di zaman public phone, perlu ada syiling yang cukup untuk meluah perasaan mencambah perasaan dengan ‘teman tapi mesra’ itu. Kita tidak lagi di zaman mengutus surat menyatakan rindu sayang, jika bersurat, rasa rindu dan sayang hanya sampai kepada si dia setelah jiwa bergelora kita menjadi reda.


Komunikasi yang terbatas waktu dulu tidak memungkinkan perkenalan sebulan dua membawa kepada keinginan yang dasyat untuk berzina…! Kita bukan di zaman perlu menunggu dan menaiki bas untuk keluar dating. Kita bukan di zaman mengintai dari jauh buah hati yang sering diingat-ingatkan. Namun, kita berada di zaman yang amat sukar kita tewaskan segala dugaan dan godaan, dengan lemahnya jiwa dan perasaan.


Mak ayah nampak macam kita menjaga pergaulan lelaki dan perempuan, namun hakikatnya saban waktu kita berdekatan lelaki dan perempuan, dengan terciptanya handphone, laptop etc di samping berkembang majunya cara berkomunikasi dan laman sosial. Mula dengan saling berkenalan di alam kampus atau luar kampus, di alam maya atau alam nyata. Ada handphone, boleh call dan sms berjam-jam melayan suka dan cinta yang mekar tumbuh di jiwa. Bila semakin rapat, boleh bermesra hingga menimbulkan keghairahan hanya melalui telefon.


"Abang.."


"Sayang.."


"Darling.."


"Muah muahss.."


Dari text "...dah makan, buat apa tu" kepada.. "....sayang tidur pakai apa.."


"nanti call kejutkan bangun tahajud ya.. abang nak dengar suara sayang.."





Perasaan orang muda bertali arus dengan gelora cinta, wahai ibu ayah, kami tidak ada kekuatan menepis semua ini. Kalau smartphone, lebih canggih dugaannya untuk menjaga kesucian hati dari segala kemudahan bercinta terhidang depan mata, hanya di telapak tangan. Dulu ada komputer hanya untuk menyiapkan tugasan dan kerja-kerja sebaiknya. Kini ada laptop atau komputer peribadi dilengkapi internet yang menjadi wasilah penting untuk mempertaut hati.


Pilih saja broadband yang bagus atau streamyx.. YM, facebook, twitter dan segala jenis social network ini melajukan curahan perasaan hingga tak mampu dikawal. Curahan perasaan lambat laun membawa kepada bertukar-tukar gambar sendiri tanpa pakaian atau minima sekali. Gambar-gambar kaku kemudiannya dipanjangkan pada video sebenar.


Mak ayah mungkin tak faham dengan kewujudan video calls yang membolehkan bercinta bukan dengan hanya dengan pujuk rayu mesra, malah ada kebebasan untuk mempamerkan keindahan fizikal. Dengan web cam yang jelas gambar dan cantik skrinnya, sendirian di bilik rumah sewa dan asrama masing-masing, siapa yang melarang untuk tidak membuka tubuh pada kekasih seperti malam pertama suami isteri?


Tidak perlu menunggu bas untuk dating, si dia yang punya kereta bersedia mengambil dan menghantar. Di jalan-jalan sunyi, siapa yang kuat untuk tidak ringan-ringan sewaktu cinta kasih meluap-luap memenuhi perasaan? Jika di taman-taman dan kawasan peranginan jua jeram tak ada privasi bercumbu-cumbuan, siapa yang melarang untuk check-in di budget hotel RM9.90 semalam yang makin banyak di sekeliling tempat belajar dan tempat kerja kalian..


Mak dan ayah, kalaupun kami tak berpacaran, di jalanan banyak perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang hingga jiwa kami menjadi resah gelisah.. (ya, ia kesalahan kami tidak merendahkan pandangan). Mak dan ayah, kami tidak mahu terlibat dengan pacaran, namun teman-teman sekeliling banyaknya yang dah 'berdua', kami teringin juga sepertinya..


Mak dan ayah, inilah zaman yang kami berada di dalamnya. Tidaklah kami sekadar menyalahkan zaman, namun kami mencari alternatif menguatkan jiwa dan perasaan. Kami ingin bernikah, bantulah kami menjaga sekeping iman dan akhlak yang makin hilang dengan segala kecanggihan hidup yang datang. Kami ingin bernikah, bantulah kami berumahtangga agar pengajian berjaya diteruskan dan rumahtangga dipelihara dengan matang.


ALLAH berfirman, “…jangan dekati zina…” namun ke manapun kami berpusing, kami seolah-olah terlalu dekat dengan zina. Kami akui kelemahan kami, kami akui kesilapan kami, bantulah kami mencari kehidupan yang suci dan tenang.. Bantulah kami untuk terus di atas jalan kebaikan.

CREDIT TO:
www.murabbi.net
Dihantar Oleh : nadirah91
Editor: KAKLONG

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More