Friday, July 29, 2011

24 Jam Sehari @ 365 Hari Setahun


Sebelum meneruskan penulisan, suka untuk memetik sebuah hadis nabi yg berbunyi :

عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب (رضي الله عنه) قال: سمعت رسول الله (صلى الله عليه وسلم) يقول: "إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها، فهجرته إلى ما هاجـر إليه

yg bermaksud :

“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


KeHiduPan ManuSia

Satu hari...
setiap insan dikurniakan sebnyak 24 jam , tiada yg kurang dan tiada pula yg lebih.
namun , untuk apakah 24 jam ini dikurniakan kepada kita ?
Adakah hanya untuk beribadat selama 25 minit daripada 24 jam itu ?
(5 waktu solat x 5minit)

Satu tahun...
setiap insan dikurniakan sebanyak 12 bulan, tiada yg kurang dan tiada yg lebih ...
Namun, Untuk apakah 12 bulan ini diberikan kepada insan bergelar manusia ?
Adakah daripada 12 bulan ini kita hanya perlu melakukan amal kebajikan selama 1 bulan ?
(puasa dibulan ramadhan)

Setiap insan diberi peluang untuk hidup diatas muka bumi ini, dan..
Diwajibkan bagi setiap muslim yg berkemampuan untuk mengerjakan ibadah haji
sekurang2nya Sekali seumur hidup..
Namun Cukupkah sekadar "Sekali Seumur hidup" kita Beribadat kepadaNYA ?

So, Pc nk ajak rakan2 semua untuk bermunasabah diri, dan merenung kembali...

APAKAH TUJUAN KITA HIDUP DI MUKA BUMI INI ?!!
firman Allah s.w.t yg bermaksud :

"Dan tidaklah AKU ciptakan jin dan manusia melainkan semata-mata untuk beribadah kepadaKU "
(QS. Adz-Dzariat 56)

Sudah sedia maklum, kita sebagai hamba Allah , sememangnya diciptakan hanya semata-mata untuk beribadah kepada Allah.. Namun begitu, adakah kita Mengerti apa yg dimaksudkan dgan "Beribadah Kepada Allah" ?

Hakikatnya, Beribadah kepada Allah membawa erti "melakukan sesuatu perkara itu semata-mata kerana Allah"... Tapi.... cuba kita difikirkan....... cukupkah sekadar :
25minit dalam Sehari ,
1bulan dalam setahun ,
dan 1kali seumur Hidup
....

Cukupkah sekadar itu kita beribadah kepada Tuhan yg telah menciptakan KITA sebagai khalifah dimuka bumi ini ? Cukupkah ?

Kebanyakan manusia di zaman ini, hanya mengejar kemewahan Dunia ,mereka tidak sedar akan tujuan sebenar mereka di ciptakan..

KITA.... diberi suatu tempoh yg sangat lama untuk beribdah kepada Allah ketika hidup di dunia ini, tetapi.. kita hanya akan PEDULI mengenainya setelah nyawa dah jasad kita tidak lagi bersatu.. dan penyesalan diketika itu sudah tidak berguna... mengapakah kita tidak menggunakan 100% usia kita untuk beribadah kepada Allah ???

ituLah yg sebaiknya.... Persoalannya disini.....

Bagaimanakah Caranya Untuk menjadikan Setiap Saat dalam hidup kita adalah ibadah kepada ALLAH ???


Kita perhatikan kembali hadis Rasulullah s.a.w. berkenaan " Niat " yg telah Pc nyatakan di awal Entry tadi..

NiAT.. sebenarnya mempunyai kuasa yg sangat besar dalam menentukan setiap amalan dalam hidup kita, niat juga ialah sesuatu yg sngat istimewa kerana hanya ALLah yg berupaya menilainya=)

NiaT seseorg insan itu menentukan samaada ia melakukan kebaikan atau kejahatan...

NiaT .. yg paling penting, niat Lah yg membezakan adat dan ibadat !!


So, cara yg paling mudah untuk menjadikan Setiap 24 jam dalam hidup kita sebagai Ibadah ialah dengan menggunakan kuasa NIAT !!!

Sebagai contoh :

1. Ketika ingin Makan , niatlah kerana allah , bertekad untuk memiliki tenaga supaya boleh beribadat kepadanya =)

2. Ketika beriadah , niatlah kerana allah , berazam untuk memperoleh tubuh badan yg sihat agar boleh berbakti kepada agamanya =)

3. Ketika Belajar , niatlah kerana allah , bercita-cita untuk menjadi seorang yg berpengetahuan tinggi dan boleh membela agama Islam supaya tidak ditindas Musuh2 islam .

Kesimpulannya gunakanlah Niat untuk menjadikan setiap saat dalam 24jam hidup seharian kita sebagai ibadat kepada allah ..bermula Dari kita membuka mata, hinggalah sebelum mata terpejam , mulakanlah setiap amalan itu dengan NIat . termasuklah juga perkara2 yg kita anggap remeh seperti memakai kasut @ berjalan ke kelas @ minum @ sebagainya .. x kira ape jua kebaikan yg kiTa lakukan, mulakanlah dngan niat =)

Niat boleh merubah kehidupan seharian kamu , Jika dulu , ape yg kita buat semuanya tak dapat ape2 ... tapi, bila setiap amalan kita sertakan dgan niat , insyaAllah ada ganjarannya =) mlahan dalam bulan ramadhan yg akan dtg ini ganjaran pahala akan berlipat kali ganda...

Akhir Kata, moga kita dapat sama2 mengamalkannya , tambahan pula Ramadhan semakin hampir .. mudah-mudahan kita mendapat manfaat darinya .sekian

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg pnuh barakah
Edited from: PeJuAnG CinTa is Blogger

0 Komen Orang Bijak :):

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More