Thursday, July 28, 2011

PEMINTA YANG EGO

Kita sering meminta..terutama meminta kepadaNYA dalam Doa & Solat kita
Namun apbila telah diberi, ditunjukkan, kita sering tuli, buta, lalu mensia-siakannya..

Inilah yang berlaku apabila kita memohon kepada ditunjuki jalan yang lurus. Jawapan daripada Allah tidak kita dengari. Jalan yang ditunjukkan-NYA tidak kita ikuti. Teladan yang ditetapkan kita pinggirkan.
MENGAPA INI TERJADI??

" kEEGOAN"
Hanya mulut yang meminta, tetapi hati tidak begitu.
Hakikatnya, apabila kita meminta sesuatu daripada pihak yang lain, ertinya kita dalam kekurangan ; manakala pihak yang kita pinta padanya itulah yang punyai kelebihan.
kita lemah, mereka kuat
Itulah sewajarnya perasaan yang perlu ada dalam hati para peminta(hamba) berbanding dengan Pemberi ( Allah )
Kita peminjam, Allah pemilik...




لله ما في السماوات وما في الأرض
Maksudnya : Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah
(Surah al-Baqarah2:284).






Oleh sebab Allah adalah pemilik dunia ini, maka DIA sahaja yang
berhak untuk mengaturnya
berhak menunjuk kaedah yang menjamin kesejahteraan dunia
berhak membuat jalan..-jalan di sini bukan road tapi way(cara/kaedah)
Justeru, jangan mendabik dada dengan berkata, "I'll do it my way"


Jika itu hakikatnya, kita tidak berperanan membuat jalan kita sendiri..
Kita hanya dituntut untuk mengikut jalan yang ditentukan.Jika itu hakikatnya, kita tidak berperanan membuat jalan kita sendiri..
Sebagai hamba, juga tetamu di muka bumi ini, bersyukurlah dengan apa yang telah ditentukan. Carilah hikmah di sebalik kejadian-Nya sebelum kita meminta apa yang telah dikurniakan tanpa kita sedari..


"Apabila dikurniakan rezeki lebih misalnya, apakah kita sedar bahawa itu petanda Allah yang menyuruh kita berbakti kepada manusia dengan rezeki tersebut. Bukan menyombong diri."

0 Komen Orang Bijak :):

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More